Sunday, February 10, 2013

kecantikan itu universel


collogen asli - Rumpai Laut


Assalammualaikum kepada anda semua yang sudi menjenguk blog nie sebantar.


saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan rumpai laut. terdapat banyak khasiat antaranya ialah : 

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan  denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6- 2326 kali lebih banyak dari ikan.


Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia

Diambil adalah untuk :


-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

CARA PENYEDIAAN:

1. Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras) sebelum direndam semalaman. 

2. Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan. 

3. Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama 2.5 liter air selama 15-20 minit. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan.
CARA PENGAMBILAN:

- Ambil 1-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.

- Untuk kesan lebih cepat dan bagus, boleh diambil bersama tablet Vitamin C.


(TERDAPAT DALAM 2 PILIHAN RUMPAI LAUT: KUNING DAN UNGU)



rumpai laut kuning
Gred AA
berat : 100g
100% asli, belum diproses, bebas kimia/racun, pewarna, pengawet, steroid, perisa



rumpai laut ungu
Gred AAA
berat : 100g
100% asli belum diproses, bebas kimia/racun, pewarna, pengawet, steroid, perisa



cara penyediaan


PERBEZAAN RUMPAI LAUT KUNING DAN UNGU :

kedua-duanya masih memiliki kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan secara amnya.

ungu : lebih baik untuk merawat masalah penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, gout, strok. kandungan zat galian didalam rumpai ungu sangat bermanfaat untuk membasmi bakteria
kuning :  ia lebih kepada fungsi kecantikan,kandungan collogen mentahnya sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit


p/s : untuk pengguna kali pertama saya syorkan ambil collogen kuning terlebih dahulu dan boleh diteruskan dengan yang ungu
insyaAllah.. kita akan beroleh kecantikan dan kesihatan yang semula jadi dari bahan-bahan yang semulajadi juga

untuk maklumat lanjut sila hubungi :

 yati 013-6598434/ FACEBOOK/yattaziz.com
( TEMPAHAN DITERIMA )








Hari Bahagia





haiiii..!!! anda-anda semua..

bukan apa, tangan nie gatai dok nak menaip je ntah ape-ape cerita
entry kali ie nak bercerita mengenai BFF aku yang telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya.

ELINA.. yaa.. itu name tuan badan yang sah bergelar isteri kepada AMAR

yuhuu..tumpang bahagai untuk korang. kami lagi 3orang rakan-rakan turut bertungkus lumus membantu beliau. dh macam kenduri kiteorg pulak. 

dari seminggu sebelum majlis sampai la hari bersejarah bagi beliau kami membantu mana yang boleh. dan kami juga meneman kan beliau tido sehari sebelum majlis persandingan. memang tak boleh lupe weyh.. time nak tido macam-macam gangguan yang datang. bunyi orang bercakap la, bunyi kereta la, bunyi walki talkie la. paling tak boleh lupe bunyi tikus maen bola kat syiling..!! wahh hebatt..~!






                                            segak bergaya kan kami.. BFF forever 





bridesmaid ELINA




wanita terpilih




seminggu kami semua menyiapkan benda alah ni



congrate PN.ELINA
cantik kan~!



tak sabar nak kawin nie..~!

Coretan Hati

Assalammualaikum kalian semua..

apa khabar? harap dalam keadaan yng sihat sejahtera. amin..

hari ini cuaca tidak berapa baek.. sama juga dengan perasaan saya  yang gundah-gulana sekarang nie. 
hai hati ( perasaan )... kenapa harus engkau resah sebegini rupa... tidak seperti kemeriahan tarian cina yang sedang asyik berjoget-joget. kini hati ini tidak pasti bagaimanakah rasanya.. bermacam-macam,pelbagai perisa yang ku rasakan..

hati ini seperti meronta-ronta hendak keluar tetapi tiada arah tuju. dan sekarang hanya tersekat didalam terpaku terletak elok ditempatnya.

awak.. saya menginginkan awak yang dahulu
awak yang periang
awak yang selalu membuatkan saya ketawa sampai krem muka
awak... saya tahu awak seorang yang panas baran, sebab itu la saya menjadi seorang yang penyabar. 
awak.. awak tidak tahu, saya sebenarnya seorg yang panas baran, saya seorang yang pemarah. tetapi saya ditakdirkan bersama dengan awak saya sembunyikan sifat saya itu.
saya hendak menjadi air tatkala awak bertukar mnjadi api yang sedang membara..
tapi..sampai bila wakk... 
awak.. saya amat hormatkan awak, tapi saya juga inginkan awak begitu
awak.. saya amat berbangga sebab saya mengenali awak, tiada org yang dapat menggantikan tempat awak dihati saya..
awak..saya mencintai awak ape adanya awak.saya menyintai kekurangan awak.jika awak kurang saya tolong lengkapkan.tapi jika saya kurang tolong lengkapkan saya.
awak.. saya tidak seperti yang awak fikirkan, tidak seperti apa yang awak sangkakan. 
awak..saya mintak awak mnyintai kekurangan saya juga.


siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan wanita-wanita lain.

saya hendak awak bahagia dan rasa gembira bila disamping saya.

saya mengharapkan kepercayaan awak,seperti saya mempercayai awak.

awaklah pelengkap hidup saya.

jikalau saya sudah tiada lagi didunia ini, saya hendak awak cari peneman hidup yang lebih baek dari saya.
tak ada ape yang saya inginkan, cuma doa dari awak untuk saya.

awak.. saya amat-amat memerlukan awak didalam hidup saya.percaya la..


tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan

Saturday, February 9, 2013

status baru

Assalammualaikum kalian semua,

Alhamdulillah kita bertemu lagi setelah sekian lama tidak menulis blog.
bukan tak mau tulis, tp tinggal seketika sebab mahu menumpukan perhatian pd study. almaklum la, final year ditambah lagi dengan exam Lembaga lagi la bertambah bz..

btw, untuk pengetahuan anda-anda semua, saya dh bertukar status sekarang
single---> engaged. alhamdulillah kami telah membuat keputusan utk bertunang selepas 4 tahun berkenalan dan seterusnya akan berkahwin.

pada 16 SEPT 2012 kami di tunangkan dalam majlis yang serba serbi ringkas. hanya ahli keluarga dan saudara mara srta kenalan rapat yang hadir. 

tak ada pelamin, tak ada balai bagai.. cukup hanya di bilik saya disatungkan cincin oleh makcik beliau. asalkan mengikut adat. tak perlu nak besar-besar. takot nanti majlis mngalahkan majlis perkahwinan tapi tak sampai kejinjang pelamin ( selisih ). baju saya pun simple sahaja. tak ada bling-bling, tak perlu nak tempah ngn bridal mana untuk wt baju, hanya dibuat oleh ahli keluarga sendiri iaitu kakak. makup juga tak perlu nak pnggil makandam makeupkan.. main belasah je.. hahahahaha..

tak nak mengomel panjang-panjang.. saya amat mengharapkan doa dari kalian semua agar hubungan yang saya bina ini akan berkekalan dan akan diteruskan sehingga kejinjang pelamin.. Amin..











sekian,
jumpe lagi next entry ^_^

Saturday, March 10, 2012

sesiapa rasa mau tempah sila cntact saya ok....





assalammualaikum semua... 
selain daripada study sekarang dh ada part time kerja yang boleh dibuat dimana saja.
untuk makluman semua di sini ada disediakan chocolate yang pelbagai perisa dan pelbagai dekorasi yang boleh anda dapatkan.. 



35pcs / box = RM 30.00


chocolate + strawberi jem + almond
1 pcs = RM 0.60


full chocolate
1 pcs - RM 0.60


chocolate oreo
1pcs = RM 1.40


1 pcs = RM 0.60 sen


9pcs / box = RM 8.00


sesiapa yang berminat sila inbox di facebook :
www.facebook.com/yattaziz




sungguh ohsem hobi baru nie!!!


haiii semua, Assalammualaikum guys...hope u all sihat-sihat sejahtera. dah lama rasanyer tak update blog nie... bersawang dah semua... 

so.. hari ni aku nak cerita la pasal hobi baru aku.. entah knp sejak akhir-akhir sungguh teruja dengan hobi baru nie.. lagi-lagi dalam cuti mid sem nie, aku penuhi dengan aktiviti yang berpaedah.

hari-hari penuh dengan jadual yang padat....
 3 hari aku berada di pontian untuk membuat coklat dlm 1000pcs.. sungguh penat..!!! abis kejang semua jari-jemari ku yang runcing ini.. kehkehkeh



sebahagian dr coklat yang dibuat


puding roti


chocolate chip muffin

amacam..??? dah leh jadi bini orang ke belom yerkkk???
babai...!!!

Friday, February 17, 2012

hari yang sungguh awesome


next entry lagik..... hahahahha
kali nie aku nak bercerita pasal bufday my love. around seminggu yang lepas...  bufday yang bertarikh 4 Feb tak dapat aku nak sambut, so aku sambut minggu depannyer...

tak ada ape pn yang leh dibanggakn dengan apa yang aku buat nie.. tp cukup la dia bangga ngn semua yang aku buat untuk dia.. sabtu tgh ari tu kiteorg kuar cam biasa.. jalan-jalan Batu Pahat. tapi tak banyak aku nak luangkan masa berdua,. 

sebelum aku sampai ke rumah dia, aku g singgah Secret Recepie for order kek untuk dia la.. dengan tak banyak bunyi aq datang and tempah blueberry chesee cake. lepas tu baru la aku pergi rumah die, sampai-sampai rumah je, die ajak aku g amek ibu dia kat hospital, urmmmm masuk hospital coz ada komplikasi kt kidney. then pergi makan cendol kat pesta. degan ibu dia baru kuar hospital, tak patahkan semangat dia, pergi lagi berjalan at bandar batu pahat.. hahahhaha ibu,ibu... bosan la tu duduk hospital beberapa hari ni.. urmm xpe la.. semoga ibu cepat sembuh..

 lepas hantar ibu balik rumah aku pn terus kuar karok.. melalak sakan la.. sampai 2 jam kt dalam 2.. 
pas maghrib tu aku complot ngn akak dia, kiteorg kuar secra senyap-senyap untuk ambil kek yang aku tempah td.. tak lama tu dia terus call

Dia : sayang kat mana 2?
aku : kat bank nie teman Nonie g cucuk duet ( tipu sunat )
Dia : kuar nape tak bagitau b? kuar senyap-senyap je, pergi bank mana tu? laen kali      nak kuar tu bagitau la, nie tak, tau-tau dah hilang.
aku : blurrrrr~~~ tak tau dah nak cakap ape lagi
aku : ye2.. nak balik dah nie, sory b...
dia : haaaa...alang-alang dah kuar tu g tempah satay sekali 100 cucuk..
aku : okey~~~
 hhahahaah... kena marah coz tak bagitau nak kuar.. hampeh betol...

then 1 family dia g shopping kat c4, dah penat shpping kiteorg pn balik
sebelum tu g amek satay yang dah kiteorg tempah tadi. tengah seronok makan-makan aku pn senyap-senyap kuar pergi amek kek kat kereta. 
berdebar-debar jantung nie takot tibe-tibe dia kuar plak kan...
 then aku pun masuk dalam balik dengan penuh cover.. heeeee tak lama 2 akak dia pun masuk dengan bawak kek yang dah aku kuar kan tadi... sambil nyanyi lagu happy bufday... (sweet x..??)

amacam.. seronok x b ngn semua nie.. huh! mestila terharukan.. klau xrase ape-ape taun depan tak nak buat apa-apa lagi.. kehkehkeh


hope u happy for this sayang


chocolatehomemade
hasil kerja tangan yang sungguh menakjubkan.... he3 
( saya nak awk gemok )