Sunday, February 10, 2013

Coretan Hati

Assalammualaikum kalian semua..

apa khabar? harap dalam keadaan yng sihat sejahtera. amin..

hari ini cuaca tidak berapa baek.. sama juga dengan perasaan saya  yang gundah-gulana sekarang nie. 
hai hati ( perasaan )... kenapa harus engkau resah sebegini rupa... tidak seperti kemeriahan tarian cina yang sedang asyik berjoget-joget. kini hati ini tidak pasti bagaimanakah rasanya.. bermacam-macam,pelbagai perisa yang ku rasakan..

hati ini seperti meronta-ronta hendak keluar tetapi tiada arah tuju. dan sekarang hanya tersekat didalam terpaku terletak elok ditempatnya.

awak.. saya menginginkan awak yang dahulu
awak yang periang
awak yang selalu membuatkan saya ketawa sampai krem muka
awak... saya tahu awak seorang yang panas baran, sebab itu la saya menjadi seorang yang penyabar. 
awak.. awak tidak tahu, saya sebenarnya seorg yang panas baran, saya seorang yang pemarah. tetapi saya ditakdirkan bersama dengan awak saya sembunyikan sifat saya itu.
saya hendak menjadi air tatkala awak bertukar mnjadi api yang sedang membara..
tapi..sampai bila wakk... 
awak.. saya amat hormatkan awak, tapi saya juga inginkan awak begitu
awak.. saya amat berbangga sebab saya mengenali awak, tiada org yang dapat menggantikan tempat awak dihati saya..
awak..saya mencintai awak ape adanya awak.saya menyintai kekurangan awak.jika awak kurang saya tolong lengkapkan.tapi jika saya kurang tolong lengkapkan saya.
awak.. saya tidak seperti yang awak fikirkan, tidak seperti apa yang awak sangkakan. 
awak..saya mintak awak mnyintai kekurangan saya juga.


siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan wanita-wanita lain.

saya hendak awak bahagia dan rasa gembira bila disamping saya.

saya mengharapkan kepercayaan awak,seperti saya mempercayai awak.

awaklah pelengkap hidup saya.

jikalau saya sudah tiada lagi didunia ini, saya hendak awak cari peneman hidup yang lebih baek dari saya.
tak ada ape yang saya inginkan, cuma doa dari awak untuk saya.

awak.. saya amat-amat memerlukan awak didalam hidup saya.percaya la..


tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan

No comments:

Post a Comment